Saturday, June 12, 2010

42 Restoran Jaya

Semasa dalam perjalanan kami telah dibawa singgah makan di Restoran Jaya. Ada yang tidak sabar-sabar untuk makan. Ada juga yang membuat tinjauan dan kajian terhadap jenis dan mutu makanan dan minuman di Restoran Jaya ini.
08
Tentu kebiasaannya Restoran Jaya ini menerima ramai pengunjung. Ini kerana, apabila kita membuat pesanan air kita perlu memilih jenis air yang telah siap disediakan awal. Jelas nampak susu telah diisikan di dalam gelas dan hanya bersedia untuk menerima permintaan daripada pelanggan. Jika ada permintaan pekerjanya hanya perlu menuangkan air panas atau sejuk kedalam cawan/gelas.
07
Ada juga dijual burger.
06
Restoran Jaya ini mempunyai banyak tempat duduk.
05
Orang Lipis dan Orang Jengka bergambar dekat dinding bas.
04
Ada yang memilih untuk makan nasi dan ada juga yang memilih untuk makan roti sahaja. Ada sesetengah orang mereka akan melihat kebersihan makanan, keadaan tong sampah dan keadaan tandas untuk menentukan kesesuaian untuk menjamu selera di satu-satu tempat. Maklumlah ada yang mudah kena sakit perut, jadi ada peserta yang kena berhati-hati.
03
Ada juga dijual pelbagai makanan ringan. Tetapi roti 60 sen yang biasanya dijual 60 sen di 7Eleven tetapi disini harganya RM1.00.
02
Ada juga dijual minuman dan buahan sejuk.

01
Inilah suasa di hadapan Restoran Jaya ketika kami singgah.

No comments: