Thursday, June 17, 2010

Gambar acara SPASM 2010

Ada dah beberapa orang rodong yang dah bertanya, bila gambar sukan nak terbit? Apa yang dapat saya katakan sabar aja lah. Semua gambar diterbitkan ikut giliran. Peristiwa yang dahulu di dahulukan. Takkan tetiba terus bersukan, kan ke kita berseminar dahulu. Ke ada yang tak ingat apa-apa pasal Seminar Perpustakaan. Seminar tersebut adalah peluan kita nak dengar cerita pasal perpustakaan Singapura yang diceritakan oleh orang singapura.

Balik ke cerita gambar. Jumlah kesemua gambar ke SPASM Ke-19 2010 di Johor berjumlah 1,035 keping. Dari dua buah kamera Canon. Semua gambar tersebut perlu dibuat pemilihan, lepas tu kena buat katalog, perlu di kelaskan mengikut tajuk. Bila dah diasingkan ianya menjadi berpuluh-puluh folder. Dah tu kena tentukan nama untuk folder-folder tersebut. Supaya senang untuk dijadikan tajuk blog. (Mana tau ada yang tak suka gambarnya dikeluarkan, jadi senanglah nak tentukan mana gambar yang nak dikeluarkan). Lepas tu buat pemilihan sekali lagi, bimbang ada yang terlepas pandang. Maklumlah buat kerja sorang. Pastu buat perancangan untuk diterbitkan dalam blog berdasarkan nombor dan nama folder.

Sampai kat sini aja dah letih, lengoh dan kohot bahu, lengan dan jari. Apa taknya ... sebelum gi bersukan ke SPASM Ke-19 2010 di Johor saya dah sibuk periksa dan rancang penggunaan bateri. Masa sukan sibuk berkejar tangkap gambar disana dan disini. Bila balik ke hotel sibuk berkejar nak cas bateri. Kalau tidak tengah tangkap gambar tetiba bateri habis.

Bila balik, orang dah boleh berihat nak hilangkan letih. Esoknya boleh syok-syok tengok gambar yang sendiri tangkap. Saya pula, masa dalam perjalanan balik dah mula buat perancangan untuk uruskan gambar-gambar. Sampai aja malam tu, terus segera pindah gambar-gambar dalam kamera ke komputer. Kena buat backup bimbang apa-apa terjadi pada memori kad kamera.

Sampai sekarang terus bersambung edit gambar, upload gambar dan mendapatkan bahan dan tulisan tentang gambar-gambar tersebut. Habis kerja jam 4.30ptg terus terus gembalakan gambar dan info yang berkaitan dengan gambar.

Semua kerja editing dibuat khas untuk blog sahaja. Kalau edit untuk cetak lain caranya. Lagi lama edit satu-satu gambar. Memang betul gambar yang ditangkap dengan cantik tak perlu diedit tetapi tetap perlu diperiksa disemak ditengok tak boleh percaya kat histogram sahaja.

Mudah cakapnya, kalau satu minggu saya siapkan beberapa folder, kalau dan berpuluh-puluh (malas nak sebut ratus) folder berapa bulan baru siap. Kadang-kadang terfikir juga berbaloi ke apa yang aku buat ni? Tak taulah berapa bulan baru siap. Kalau tak buat kerja lain tentu boleh siap cepat. Silap gaya dekat-dekat nak sukan 2012 di Selangor baru siap.

Ini belum cerita kekawan negeri lain bertanyakan gambar Kursus PNM di Batu Rakit. Pendek kata, setakat saya rasa seronok, saya akan buat.

Akhir sekali, gambar di kolam renang akan keluar selepas ini. Tunggulah mungkin acara renang lelaki, mungkin juga acara renang perempuan. Gambar renang lelaki hanya boleh ditengok oleh orang lelaki sahaja. Gambar acara renang pula hanya boleh dilihat oleh orang perempuan sahaja. Jangan ada orang perempuan yang cuba nak tengok-tengok gambar orang lelaki berenang. Begitulan sebaliknya.

No comments: