Thursday, June 24, 2010

Header KESUPA Ke-3


Hari ini dirasakan Blog KESUPA (Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) perlu berubah wajah. Perubahan ini adalah kerana banyak gambar-gambar telah berjaya diuploadkan dalam Blog Kesupa.

Sehingga waktu sebelum sembahyang Jumaat ini sebanyak 24 bahan telah disiarkan dalam blog ini. Keluarnya header baru ni menunjukkan saya masih bersemangat dan berkemampuan serta sanggup korbankan masa rehat saya untuk majukan blog ini.

Secara simboliknya, header baru ini menunjukkan semangat perjuangan yang jitu yang ditunjukkan oleh pengurusan KESUPA (Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang). Semangat ini ditunjukkan melalui gambar tangan yang digenggam dan dijulang keatas.

Dalam masa yang sama pihak pentadbir PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) serta mereka yang menjadi ahli tetapi berada diluar pengurusan memberikan sokongan dan doa supaya KESUPA berjaya menjaga kebajikan ahli-ahli dan menyelaraskan aktiviti bersukan untuk ahli-ahli.

Kakitangan yang dijaga kebajikannya dan digalakkan bersukan akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih inovatif dan kreatif.

No comments: