Tuesday, July 20, 2010

Header KESUPA Ke-4

Header ini dimasukan kerana ... saya rasa kita perlu menyimpan mimpi. Kita boleh bermimpikan kejayaan dalam kerjaya, dalam membina keluarga dan membina persahabatan.
Mungkin juga tak salah kalau ada yang bermimpikan satu kelab kebangasaan untuk kakitangan perpustakaan awam Se-Malaysia.

Sekarang ni, kita disetiap negeri telah ada kelab kakitangan masing. Masing-masing mempunyi perjuangan dan cara masing-masing untuk menjadikan kakitangan perpustakaan sebagai aset yang bernilai untuk jabatan masing-masing.

Mungkin satu hari nanti akan ada kelab kebangasaan untuk kakitangan perpustakaan awam Se-Malaysia. Mungkin kita boleh bermimpi tentang kelab kakitangan negeri menghantar wakil masing-masing untuk berjumpa dan bermesyuarat di peringkat kebangasaan. Melalui gabungan kelab-kelab kakitangan perpustakaan awam Se-Malaysia ini banyak perkara yang dapat digerakkan dengan semangat Satu Malaysai Satu Perpustakaan.

Mungkin masa ini ianya hanyalah mimpi. Jika ada yang ada kekuatan bolehlah mengejar impian ini. Tentu ada yang akan menyokong.

No comments: